Monday 4 February 2013

Saidatina Fatimah Az-Zahra' Puteri Rasulullah SAW

1. Keunggulan Perjuangan Tokoh-tokoh.
1.1 : Saidatina Fatimah Az-Zahra' Puteri Rasulullah SAW.


  1. Biodata;

(i) Nama  : Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW.
(ii)  Keturunan: Quraisy.
 (iii)  Tarikh Lahir: 20 Jamadilakhir/605 Masihi.
 (iv)Tempat Lahir: Mekah.
 (v) Gelaran  : az-Zahra’
(vi) Nama Suami : Ali bin Abi Talib.
(vii) Nama Anak: Hasan, Husin dan Zainab.
 (viii)  Tarikh Wafat : 4 Jamadilawal tahun 11 Hijrah.
(ix)Umur Wafat : 28 tahun.
(x)Tempat dimaqamkan: al-Baqi’, Madinah.
                                     
  1. Sifat peribadi;
(i)    Mempunyai budi pekerti mulia kerana sejak kecil diasuh dengan akhlak mulia oleh Rasulullah SAW.
(ii)   Seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup.
(iii)  Seorang yang taat kepada agama dan suami.
(iv)  Seorang yang pemurah dan bertanggungjawab.
(v)   Mempunyai semangat jihad yang tinggi.
  1. Sumbangan Saidatina Fatimah;
(i)    Saidatina Fatimah RA membantu Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.
(ii)   Beliau merawat luka dan menteteramkan perasaan bapanya yang dihina oleh orang kafir.
(iii)   Beliau merupakan pendorong kepada perjuangan suami dan bapanya.
  1. Contoh teladan peribadi Saidatina Fatimah;
(i)    Puteri Rasulullah SAW yang sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
(ii)   Memiliki akhlak mulia yang harus diteladani oleh kaum Muslimat.
(iii)  Beliau lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri.
(iv)  Pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar.